PENGARAH URUSAN
Penceramah Utama


Cr. Haji Hushim bin Haji Salleh
Kaunselor Berdaftar 00019
Perakuan Amalan 0007

Tarikh Lahir : 5 Ogos 1956
Tempat Lahir : Pasir Panjang, Kuala Terengganu
Kelulusan : Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UM
Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM
Sijil Perguruan Institut Perguruan Temenggung Ibrahim

Pengalaman:

1978: Guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
1992: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Selangor
1997: Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pendidikan, UM
1999: Ketua Seksyen Kaunseling dan Kerjaya, UM
2007: Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy

Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang kemasyarakatan, pendidikan keibubapaan, bidang motivasi kerjaya, kaunseling kerjaya, kaunseling keluarga dan perkahwinan serta bidang-bidang yang berkaitan dengan motivasi dan kaunseling.

Beliau aktif mengadakan program-program pembangunan insan dan juga ceramah-ceramah motivasi bagi sektor korporat, organisasi-organisasi kerajaan dan swasta, peringkat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), serta peringkat sekolah menengah dan rendah. Selain itu, beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah dalam program-program pendidikan keibubapaan dan juga program pasca perkahwinan.



TIMBALAN PENGARAH
Penceramah

Hajjah Fauziah binti Dato' Mahmood

Tarikh Lahir: 29 April 1957
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Kelulusan: Sarjana Muda Pendidikan (TESL) UPM
Literature in English, St. Marry's College, UK
Sijil Perguruan Khas (TESL) Institut Perguruan Bahasa, KL
Sijil Perguruan (TESL) Institut Perguruan Perempuan Melayu
Melaka

Pengalaman:

1978: Guru Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Benut, Pontian, Johor
1980: Guru Sekolah Kebangsaan Klang, Klang, Selangor
1988: Melanjutkan Pelajaran - UPM
1992: Guru Sekolah Kebangsaan La Salle, Klang, Selangor
1996: Guru Sekolah Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Klang
1998: Guru Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah La Salle, Klang, Selangor
2002: Pengarah Urusan Bukit Tinggi Business Management
2002: Pengetua Pusat Tuisyen Berjaya Bestari, Klang, Selangor

Beliau merupakan seorang bekas guru pakar yang sangat berpengalaman dalam subjek Bahasa Inggeris. Beliau sering menyampaikan ceramah dalam program-program motivasi, pembangunan insan dan juga seminar UPSR, PMR dan SPM bagi pelajar-pelajar anjuran Yayasan Telekom Malaysia (YTM), FELCRA Training & Consultancy (FTC) dan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS). Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam program motivasi bersama Pasukan Bolasepak Telekom Melaka (TMFC) dan juga Pasukan Bolasepak PKNS.